Novel: KERANA DENDAM *Prolog*
HEMBUSAN angin terasa menampar-nampar pipi mulus Areesya yang basah dek air mata. Sedari tadi, dia tidak mampu untuk menghentikannya. Ia terus mengalir dan mengalir ....dan mengalir. Sudah puas diseka, pipinya tetap sahaja basah. Bukan dia tidak redha, tapi dia hanya insan biasa yang punya hati dan rasa. Dia hanya insan biasa yang punya had kesabaran. Yang tahu merasa sakit apabila disakiti. Yang tahu merasa lelah apabila dibebani. Yang merasa kosong apabila ditinggalkan. Ya... ini Areesya yang tidak setabah mana lagi. Areesya yang kini bersarang pelbagai rasa dalam hatinya. Sedih. Sakit. Pedih. Marah. Benci. Kosong. Semua rasa itu sangat melelahkan. Malah rasa-rasa itulah juga yang kini membuahkan bibit-bibit dendam yang semakin memarak. Ya Allah! Kurniakanlah aku setebal-tebal kesabaran! Sungguh...ya Allah... sungguh perit rasa yang berkumpul di hati saat ini. Areesya melekapkan telapak tangan ke dada. Tempat yang sungguh sakit dan perit dirasa. Dia menarik nafas dalam dan menghem...