BEIJING 2013

Beijing 2013 (sambungan)
Greatwall

Tembok Besar China@ Greatwall merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Tembok Besar China

Greatwall


Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.
Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar), menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
Pintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, perbalahan besar di antara Li Zicheng dan maharaja Qing awal telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti Qing), Pintu Tiananmen dipulihkan. Sepanjang zaman-zaman Ming dan Qing, tiadanya dataran awam di Tiananmen; sebaliknya, adanya sebidang laman dalam bertembok berbentuk T courtyard yang dikitari pejabat-pejabat kementerian, biro dan agensi. [perlu rujukan] Laman dalam itu dibesarkan menjadi saiz sekarang serta disaluti simen pada tahun 1958.
Tentera-tentera British dan Perancis yang menyerang Beijing pada tahun 1860 mendirikan khemah berhampiran pintu Tiananmen dan pernah sesekali ingin meranapkan pintu dan seluruh Kota Larangan, namun akhirnya memutuskan agar istana besar itu dibiarkan, sebaliknya Istana Musim Panas maharaja dimusnahkan. Maharaja Qing ketika itu pun bersetuju untuk membenarkan kuasa-kuasa asing menubuhkan markas di kawasan tersebut. Sewaktu tercetusnya Pemberontakan Boxer pada tahun 1900, bangunan pejabat dan kementerian teruk dimusnahkan akibat serbuan. Pada peleraian konflik ini, kawasan ini menjadi ruang bagi kuasa-kuasa asing menghimpunkan askar-askar dan kuda-kudanya. Kawasan terbabit dikosongkan serta merta untuk memberi laluan kepada kelahiran apa yang dikenali sebagai Dataran Tiananmen.
Dekat dengan pusat dataran sekarang, berhampiran tapak Makam Mao Zedong, pernah didirikan salah sebuah pintu besar yang terpenting di Beijing. Pintu ini dikenali sebagai "Pintu Ming Besar" ketika Dinasti Ming, "Pintu Qing Besar" ketika Dinasti Qing, dan "Pintu China" ketika zaman Republik China. Berbeza daripada pintu-pintu besar lain di Beijing seperti Tiananmen dan Qianmen, pintu ini sekadar beristiadat, bergerbang tiga tanpa benteng, serupa gayanya dengan pintu istiadat yang didapati di Makam Dinasti Ming. Pintu ini berkedudukan tinggi selaku "Pintu Negara", seperti yang boleh dilihat dari berbilang namanya yang berturut-turut. Pintu besar ini biasanya tertutup, melainkan apabila Maharaja hendak merentasinya. Lalu lintas awam dilencongkan ke dua buah pintu tepi, masing-masing di sisi utara dan selatan dataran sekarang. Oleh sebab berlakunya pelencongan inilah, wujudnya sebuah tapak pasar bernama Jalan Papan Catur di dataran besar berpagar di selatan pintu ini.
Pada 1950-an, Pintu China (namanya ketika itu) diruntuhkan bersama-sama Jalan Papan Catur di selatan, maka lengkapnya peluasan Dataran Tiananmen ke saiznya hari ini.

Berhampiran Dr Tea Beijing

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BEIJING 2013

Novel: KERANA DENDAM *Prolog*