BEIJING 2013



Bumi Allah ini sangat luas. Tidak kira di mana kita berada, semuanya diciptakan oleh Allah SWT. Segala keindahan yang terbentang di depan mata, semuanya ciptaan Allah. Panjatkanlah kesyukuran dan kekaguman kita terhadap ciptaan Allah.


SUMMER PALACE

SUMMER PALACE

Summer Palace with Aliff Elman

Di salah sebuah masjid di Kota Beijing

Berhampiran Dr Tea Beijing

Great Wall Beijing


Forbidden City

Forbidden City

Kota Larangan Beijing yang terletak di pusat Bandar Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar keluasannya dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, Kota Larangan Beijing disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Kota Larangan Beijing dibina atas titah maharaja ke-2 Dinasti Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh pembinaannya sepanjang 14 tahun. Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911. Kota Larangan Beijing terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya yang indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah.
Kota Larangan Beijing berkeluasan lebih 720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000 meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Kota Larangan Beijing dilingkari oleh tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter. Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal tersebut dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah maha tinggi.
Tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe merupakan bangunan yang paling menarik perhatian pelawat di Kota Larangan Beijing. Ketiga-tiga dewan besar itu merupakan tempat maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting. Dewan Taihe yang setinggi kira-kira 40 meter merupakan bangunan yang paling megah dan tinggi di Kota Larangan Beijing. Dalam dewan itu terdapat takhta maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja. Lapangan di hadapan dewan itu seluas 30 ribu meter persegi.
Pembinaan Kota Larangan Beijing telah memusatkan kepakaran dan kecerdikan rakyat China. Susunan seluruh kompleks bangunan, pelbagai bentuk bumbung, hiasan pada pintu dan dinding telah memperlihatkan reka bentuk yang unik dan menakjubkan. Dasar Dewan Taihe setinggi 8 meter yang dibina dengan batu putih bukan sahaja menjadikan dewan itu lebih megah, tetapi juga mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah. Terdapat banyak pahatan ukiran kepala naga pada batu putih yang cantik menghiasi dinding 3 lapis di dasar Dewan Taihe. Kepala naga tersebut bukan hanya hiasan sahaja, tetapi adalah kemudahan penyaluran air. Apabila hujan lebat, sebanyak lebih 1000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak, pemandangan itu sangat mengkagumkan. Dalam Kota Larangan Beijing terdapat 4 baris rumah, tetapi di dalamnya penuh dengan ketulan batu,yang khusus direka oleh jurubina ketika itu untuk menghalang kebakaran.
Kota Larangan Beijing merupakan kompleks bangunan istana purba terbesar yang dipelihara dengan baik di dunia. Menurut catatan sejarah, seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh kasar telah turut serta dalam pembinaan Kota Larangan Beijing.
Sebagai istana diraja, sebanyak lebih sejuta artifak berharga tersimpan dalam Kota Larangan Beijing, jumlah ini menempati 1/6 daripada jumlah keseluruhan artifak China, banyak antaranya adalah artifak tunggal yang satu-satunya wujud di dunia.
Kota Larangan Beijing sudah berusia lebih 580 tahun, jumlah pelancong yang melawat Kota Larangan Beijing mencatat 10 juta orang setiap tahun. Demi melindungi bangunan purba yang hebat itu, kerajaan China mengadakan pemuliharaan selangkah demi selangkah terhadap Kota Larangan Beijing mula tahun 2003. Difahamkan, projek pemuliharaan tersebut akan dilaksanakan selama 20 tahun.

Masjid Niujie

Masjid Niujie

Masjid Niujie dibangun pada 996 pada masa Dinasti Liao (916-1125), terletak di Niujie (Jalan Sapi), Distrik Xuanwu, Beijing, adalah masjid tertua dan terbesar di Beijing.
Pada tahun 1215 dihancurkan oleh tentara Mongol, kemudian dibangun kembali pada 1443 periode Dinasti Ming dan secara signifikan diperluas pada 1696 pada zaman Dinasti Qing. Sejak zaman Dinasti Qing, pasar di sekitarnya terkenal untuk perdagangan daging sapi dan daging kambing hingga saat ini. Nama masjid sebenarnya adalah Lǐbàisì, yang diberikan oleh Kaisar Chenghua pada tahun 1474, karena terletak di Jalan Sapi (Niu berarti sapi dan Jie berarti jalan), masjid ini disebut Masjid Niujie sampai sekarang.
Masjid telah mengalami tiga renovasi sejak berdirinya Republik Rakyat Tiongkok pada tahun 1949, masing-masing pada tahun 1955, 1979 dan 1996.
Niujie adalah wilayah padat berpopulasi 13.000 warga Muslim yang membentang dari utara ke selatan. Kawasan ini dipenuhi oleh toko-toko yang menjual masakan Muslim oleh penjualnya yang mengenakan peci putih. Dinamakan Niujie karena warga di wilayah ini menjual masakan halal, terutama daging sapi maka dinamakan Niujie atau "Jalan Sapi".

Di hadapan Masjid Niujie


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Novel: KERANA DENDAM *Prolog*

BEIJING 2013