Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Novel: KERANA DENDAM *Prolog*

HEMBUSAN angin terasa menampar-nampar pipi mulus Areesya yang basah dek air mata. Sedari tadi, dia tidak mampu untuk menghentikannya. Ia terus mengalir dan mengalir ....dan mengalir. Sudah puas diseka, pipinya tetap sahaja basah. Bukan dia tidak redha, tapi dia hanya insan biasa yang punya hati dan rasa. Dia hanya insan biasa yang punya had kesabaran. Yang tahu merasa sakit apabila disakiti. Yang tahu merasa lelah apabila dibebani. Yang merasa kosong apabila ditinggalkan. Ya... ini Areesya yang tidak setabah mana lagi. Areesya yang kini bersarang pelbagai rasa dalam hatinya. Sedih. Sakit. Pedih. Marah. Benci. Kosong. Semua rasa itu sangat melelahkan. Malah rasa-rasa itulah juga yang kini membuahkan bibit-bibit dendam yang semakin memarak. Ya Allah! Kurniakanlah aku setebal-tebal kesabaran! Sungguh...ya Allah... sungguh perit rasa yang berkumpul di hati saat ini. Areesya melekapkan telapak tangan ke dada. Tempat yang sungguh sakit dan perit dirasa. Dia menarik nafas dalam dan menghem...

BEIJING 2013

Imej
Bumi Allah ini sangat luas. Tidak kira di mana kita berada, semuanya diciptakan oleh Allah SWT. Segala keindahan yang terbentang di depan mata, semuanya ciptaan Allah. Panjatkanlah kesyukuran dan kekaguman kita terhadap ciptaan Allah. SUMMER PALACE SUMMER PALACE Summer Palace with Aliff Elman Di salah sebuah masjid di Kota Beijing Berhampiran Dr Tea Beijing Great Wall Beijing Forbidden City Forbidden City Kota Larangan Beijing yang terletak di pusat Bandar Beijing merupakan kompleks bangunan zaman purba yang paling besar keluasannya dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, Kota Larangan Beijing disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Kota Larangan Beijing dibina atas titah maharaja ke-2 Dinasti Ming Zhu Di pada tahun 1406, tempoh pembinaannya sepanjang 14 tahun. Sebanyak 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga Din...